Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB Michelle Bachelet, kini berada di China bagi lawatan yang menumpukan kepada siasatan berhubung dakwaan China menganiaya minoriti Islam di Xinjiang.<br /><br />Lawatan itu menyusul selepas tindakan beberapa kumpulan hak asasi manusia memberi tekanan kepada PBB supaya mengeluarkan laporan yang sudah lama tertangguh mengenai situasi di wilayah China itu.
